Monday 8 December 2014

Kata-kata Aluan GB

Dewasa ini teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang dengan begitu pesat dan pantas. Mahu atau tidak, sedikit sebanyak kita perlu mengikuti perkembangan dunia ICT ini agar kita sentiasa seiring ataupun tidak terlalu ketinggalan dari arus semasa teknologi.Laman web adalah gerbang kepada dunia untuk mengenali suatu organisasi. Jadi dengan terhasilnya laman web  ini, saya berharap agar ianya akan dijadikan medium oleh mana-mana pihak atau individu untuk mengenali Sek. Keb. Alam Damai (SKAD) ini dengan lebih dekat lagi, terutamanya pihak-pihak yang berkait secara langsung seperti ibu bapa atau penjaga kepada murid-murid SKAD.
Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama sehingga terhasilnya laman web ini dan terima kasih juga kepada anda yang sudi melawat laman web Sek. Keb. Alam Damai ini. Selamat datang ke dunia maya Sek. Keb. Alam Damai.
Sekian, terima kasih.
SAMINYAH BT KAMAR
Guru Besar
Sek. Keb. Taman Segar
 Kuala Lumpur

Selamat Menduduki UPSR


Semakan Online

SEMAKAN TEMUDUGA KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU SMKA/SABK/KAA SESI 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Temuduga Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu SMKA/SABK/KAA Sesi 2015 telah dibuka untuk semakan. Pihak tuan / puan boleh membuat semakan melalui pautan ini  http://jpwpkl.moe.gov.my/sistem/temudugaspi/
Sekian, terima kasih

SK Taman SEGAR